ZaWaWi405
PENAKLUKAN
NEGERI SIND
peta Negeri Sind yang bewarna
Negeri
Sind nerupakan jajahan negeri India yang mula ditakluk oleh Kerajaan Umaiyah.
Ia merupakan sebahagian besar daripada wilayah negara Pakistan hari ini. India
yang mengandungi beberapa buah kerajaan beraja pada masa itu sering mendapat
serangan dari luar seperti daripada bangsa Turki dan Cina di bahagian Utara.
Apabila negeri Parsi jatuh ke tangan
orang Islam, mereka terus meluaskan daerah hingga ke Khurasan. Dari Khurasan
mereka bertujuan untuk menawan Sind. Usaha-suaha untuk menakluk negeri Sind itu
bermula sejak zaman Saiyidina Umar lagi dibawah rahan Osman bin al-As, pegawai
pemerintah di Aman dan Bahrain. Tetapi oleh kerana usaha-usaha itu terpaksa
melalui lautan, maka Saiyidin Umar tidak membenarkannya, kerana beliau tidak
suka tentera Islam menyeberangi lautan.
Jajahan Kekhalifahan Islam |
Pada zaman Khalifah Ali, al-Harith
ibn Murrah dengan satu pasukan tentera sukarela telah menyerang negeri Sind
setelah mendapat kebenaran Saiyidina Ali. Mereka telah mendapat harta rampasan
yang banyak. Pada zaman Mu’awiyah, panglima tenteranya yang gagah, al-Muhallab
ibn Abi Safrah pernah menyerang negeri Sind.
Pada zaman al-Walid, beliau telahmelantik al-Hajjaj bin Yusuf sevagai
pegawai pemerintah bagi wilayah Iraq, Parsi dan Khurasan. Pada masa itu berlakulah
perhubungan antara Kerajaan Sind dan Kerajaan Umaiyah.
p/s:
akan disambung pada hari lain.. jika anda tidak mahu menunggu update dari saya,
anda boleh mencari buku pengantar sejarah umat Islam karangan DR. Ismail Hamid.
1 ulasan:
Catat Ulasan