Jumaat, 10 Februari 2012

Di DaLaM SaKiT aDa.........

ZaWaWi405


Demam yang melanda semakin baik. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi diberi nikmat sihat oleh Allah. Semasa demam ambo ada mendapat satu mesej dari seorang sahabat yang memujuk hati ambo disaat sedang di uji dengan demam yang agak teruk juga..

 Suka jika disini ambo paste kan mesej dari sahabat ambo tersebut.

Daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang.” (Riwayat Bukhari)

Orang yang beriman, apabila ditimpa sesuatu musibah atau penyakit, dia akan tetap bersyukur dan semakin akrab dengan Allah. Kerana dia tahu, sakitnya itu boleh menghapus dosa-dosanya yang lalu. Dia sentiasa berbaik sangka dengan Allah.

Sekiranya iman seseorang itu kuat, maka cubaan dan ujian yang menimpanya juga berat.

Daripada Anas Bin Malik r.a.,bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang reda menerima ujian Allah, maka baginya keredaan-Nya. Dan sesiapa yang marah atau kecewa, nescaya ia akan mendapat kemurkaan-Nya.”

Seseorang hamba akan mendapat ujian dan cubaan sesuai dengan kadar iman yang bertahta di hati dan jiwanya untuk Allah.

Suatu hati, Rasulullah s.a.w. datang menemui Ummu Saib. Baginda bertanya : “kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu Saib?”
Wanita itu menjawab : “Demam, Allah tidak memberkati padanya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jangan engkau mengutuk penyakit demam kerana penyakit itu boleh menghapuskan dosa-dosa anak-anak Adam… (Riwayat Muslim)



 Bersyukurlah andai kita ditimpa musibah atau ditimpa penyakit walaupun hanya sekadar demam. Kerana melalui musibah-musibah itu, ada pengampunan dosa. Yakin dan percayalah pada Allah.
Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan : “ Sesungguhnya para ulama’ dahulu mengharapkan ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lampau.”

Bergembiralah dalam menghadapi derita yang menimpamu..
Ukirlah sebaris senyuman walaupun berdepan dengan tekanan..
Senangkanlah hatimu dengan jaminan janji-Nya untukmu..
Berlapang dadalah agar kau bertemu dengan kemanisan iman..

Tiada ulasan: