ZaWaWi405
Allah menyukai amalan hambanya yang berterusan sekali pun sedikit!
Selamat membaca..Wassalam
Alhamdulillah, hari ini jam 12:17 pagi 8 februari 2012, aku memulakan langkah mincipta blog yang ke-4 bagi diriku setelah 3 blog yang terdahulu telahku jadikan sbgai private blog, padam dan abai.. (padam coz email dah kena hack.. abai coz dah ada orang tolong ambik alihkan blog STPM tu..)...
Bagiku, menulis bukanlah perkara yang mudah. Di samping sukarnya memilih
perkatan, mengaturnya dan menjadikan ia satu ayat yang berfaedah kepada
pembaca, yang paling sukar apabila mengingatkan kita semua akan
dipertanggungjawab atas apa yang kita tulis. Berbanding apa yang diucap, ia
barangkali hanya diingat orang buat seketika, tetapi apa yg ditulis akan kekal
buat masa yang lama, akan dibaca oleh generasi kemudian. Benarlah kata pujangga
"Mata pena lebih tajam dari mata pedang".
Walaubagaimanapun,
melihat sahabat-sahabat menceburi bidang blog ini, hati ini turut terdetik
untuk menuruti jejak langkah mereka. Bagiku usaha, kegigihan serta kesungguhan
mereka dalam bidang penulisan blog banyak mendorong aku memulakan kembali
semangat aku dalam bidang penulisan blog setelah setahun aku tak berkarya dalam
blog. Semangat mahu berblog hilang bila email lamaku di hack oleh
insan yang dalam dirinya kurang sifat bertimbang rasa..
.
Sebagaimana aku memilih
prasa
" SeCaNgKiR KoPi SeSuDu MaDu"
sebagai title blog ini, aku mendapat ilham untuk meletakkannya bila aku membuka facebook sambil menghirup kopi secawan bercampur dengan sesudu madu. Ada satu rasa yang sukar bagiku untuk diterjemahkan. Maka disitulah bermula ilham untuk aku kembali semula ke alam blog dan cuba tenggelamkan diri ini seperti dahulu. Namun banyak yang perlu aku pelajari dari yang pakar untuk menjadikan blogku ini nampak menarik.. Demikianlah aku
berharap semoga blog ini menjadi medan latihan buatku dalam
penulisan. Semoga usaha yang kecil ini memperolehi rahmat dan keredhaan
Allah.Allah menyukai amalan hambanya yang berterusan sekali pun sedikit!
Selamat membaca..Wassalam
1 ulasan:
selamat berkarya...semoga kata-kata baik lagi indah saja yang keluar dari mata pena kita =)
Catat Ulasan