Sabtu, 25 Februari 2012

Pemerintahan Islam di India (Part 1)

ZaWaWi405


PENAKLUKAN NEGERI SIND

                                          peta Negeri Sind yang bewarna
Negeri Sind nerupakan jajahan negeri India yang mula ditakluk oleh Kerajaan Umaiyah. Ia merupakan sebahagian besar daripada wilayah negara Pakistan hari ini. India yang mengandungi beberapa buah kerajaan beraja pada masa itu sering mendapat serangan dari luar seperti daripada bangsa Turki dan Cina di bahagian Utara.

            Apabila negeri Parsi jatuh ke tangan orang Islam, mereka terus meluaskan daerah hingga ke Khurasan. Dari Khurasan mereka bertujuan untuk menawan Sind. Usaha-suaha untuk menakluk negeri Sind itu bermula sejak zaman Saiyidina Umar lagi dibawah rahan Osman bin al-As, pegawai pemerintah di Aman dan Bahrain. Tetapi oleh kerana usaha-usaha itu terpaksa melalui lautan, maka Saiyidin Umar tidak membenarkannya, kerana beliau tidak suka tentera Islam menyeberangi lautan.

Jajahan Kekhalifahan Islam

            Pada zaman Khalifah Ali, al-Harith ibn Murrah dengan satu pasukan tentera sukarela telah menyerang negeri Sind setelah mendapat kebenaran Saiyidina Ali. Mereka telah mendapat harta rampasan yang banyak. Pada zaman Mu’awiyah, panglima tenteranya yang gagah, al-Muhallab ibn Abi Safrah pernah menyerang negeri Sind.  Pada zaman al-Walid, beliau telahmelantik al-Hajjaj bin Yusuf sevagai pegawai pemerintah bagi wilayah Iraq, Parsi dan Khurasan. Pada masa itu berlakulah perhubungan antara Kerajaan Sind dan Kerajaan Umaiyah.

p/s: akan disambung pada hari lain.. jika anda tidak mahu menunggu update dari saya, anda boleh mencari buku pengantar sejarah umat Islam karangan DR. Ismail Hamid.

1 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.