Hijrah Diri
Assalamualaikum…
Salam Tahun Baru Masihi 2014.. Hari ini dah memasuki 2hb Januari
2014 Jam 5.10 minit pagi.. Agak lewat sedikit update post pada blog. Biasa la, kekangan masa dengan
kerja, murajaah sedikit apa yang pernah dipelajari di sekolah, universiti dan
jugakelas-kelas kuliah yang lain. Tahun baru.. Mesti ada yang bercita-cita
untuk berhijrah. Oleh itu, tajuk saya hari ni tentang hijrah diri. Mohon maaf
jika Bahasa yang digunakan agak bercelaru.
Hijratul Rasulullah
s.a.w. merupakan asas rujukan dalam melaksanakan misi hijrah bagi diri ataupun
masyarakat. Hijrah rasulullah s.a.w. yang penuh dengan cabaran, ujian dan
tribulasi haruslah di renungi untuk dijadikan sebagai panduan dalam
penghijrahan supaya kita terus istiqomah dalam perubahan yang dilakukan. Jika di
renungi semasa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Makkah ke kota Madinah, pelbagai
dugaan yang ditempuhi dan dirintangi, Rasulullah s.a.w. dapat mengubah
masyarakat dari kekufuran kepada cahaya islam dalam kehidupan, seterusnya
membentuk kerajaan Islam yang unggul.
Dalam dunia
remaja yang penuh dengan cubaan, cabaran dan dugaan dari anasir luar,
penghijrahan diri yang akan dilakukan bukannya mudah untuk dipertahankan. Memerlukan
kepada kekuatan diri dan ilmu yang boleh serta mampu mengekalkan penghijrahan
tersbut, dengan kata lain, hijrah kerana Allah dan RasulNya. Ibnu Qayyim
menyatakan bahawa hijrah terbahagi kepada dua:
1. Hijrah dengan tubuh badan dari sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain
2. Hijrah dengan hati kepada Allah s.w.t. dan RasulNya, iaitu hijrah yang mengandungi kalimah (daripada) dan (kepada). Iaitu hijrah dengan hatinya daripada cinta selain Allah s.w.t. kepada cinta kepadaNya, daripada ubudiyyah selainnya kepada ubudiyyah Allah s.w.t.
Oleh itu, penghijrahan yang
disertai dengan nawaitu untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. merupakan satu
kejayaan dalam diri sebagai seorang muslim yang sejati..
Wassalam…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan