Rabu, 25 Disember 2013

Jommmmm

Terpaksa akhirnya Ikhlas.
Terpaksa akhirnya Ikhlas,, tajuk yang saya telah janjikan kepada pembaca sekelian pada 23 Disember 2013 yang lalu. Mesti awal pembacaan saudara sekelian tertanya-tanya, tentang apakan ini, cinta kah? Pekerjaan kah? Perkahwinan kah? Atau apa apa yang hebat pada tajuknya. Opsss… Lupa bagi salam la pulak.. Maaf-maaf-Maaf..

Assalamualaikum… J.. Entry ni sebenarnya tentang Hati.. Cakap ttg ikhlas, tak lain tak bukan, ia berkait rapat dengan hati. Namun entry ni sebenarnya saya nak kongsikan berkaitan dengan SEDEKAH

Sedekah mendengar namanya, orang sudah kenal keutamaannya. Sedekah berasal dari As-Shidq, ertinya jujur. Sebagai seorang muslim yang bersedekah bererti kita membuktikan kejujuran kita dalam beragama. Betapa tidak, harta yang merupakan bahagian yang dicintai dalam hidup kita, harus dia berikan kepada orang lain. Kerana itulah, Nabi s.a.w menyebut sedekah sebagai 'burhan' (bukti). Dalam hadis dari Abu Malik Al-Asy'ari, Nabi s.a.w bersabda:

"Solat adalah cahaya, sedekah merupakan bukti, sabar itu sinar panas, sementara Al-Quran mampu menjadi pembelamu atau sebaliknya, menjadi penuntutmu." (HR. Muslim 223).
Ish,, macam tak da feel nak baca, mengantuk aje,, hehehe.. Baik2, jom kita buat cara santai.. Kata nak jadi macam Pencetus Ummah Yoep, ada karekter kelakor, nak jadi macam Pencetus Ummah Rahmat, ada karakter tegas dan emosi.. “saya hanya dai’e bukan mufti”..

Tapi kan, sebut pasal sedekah, ada segelintir dari kita ni macam liat aje nak bersedekah..Meh nak citer satu citer yang berkaitan dengan sedekah.. Kisah yang bermula dari Terpaksa yang akhirnya menjadi sebuah keikhlasan.. Kisah ini terjadi pada sahabat saya sendiri. JOmmmmm………. Opssss,, kita sambung pada awal tahun nanti.. Maaf…


*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***

Tiada ulasan: