MASA BERLALU
Jam 11.50 malam, 12/01/2014
KATA SALIM A.FILLAH, “JANGAN BEBANI HARI INI DENGAN KEGALAUAN HARI ESOK, CUKUPLAH TIAP HARI PUNYA GALAUNYA SENDIRI”
Masa
begitu pantas meninggalkan kita. Merubah fasa kehidupan kita dengan begitu
cepat, tanpa disedari oleh kita. Pejam, celik, pejam celik, dan terpejam
selamanya. Dari single kepada in relationship, or married, pelajar menjadi pekerja, tenaga muda terus
kepada kudrat tua. Itulah perubahan masa yang berlalu.
Sedar tidak sedar, perubahan itu
membawa kita bersama dengan satu perkataan iaitu tanggungjawab. Tanggungjawab yang
semakin meningkat seiring dengan perubahan umur kita. Kenapa? Kerana masa itu
merubah kita, masa itu mematangkan kita, masa itu bersama kita membawa banyak
pengalaman dan kenangan.
Saya nak berkongsi dengan pembaca
sekelian, yang saya ambil dari seorang editor majalah dakwah, Pn. Khadeejah
Khaulah tentang point yang telah dikongsikan oleh beliau kepada kami satu
ketika dahulu.
P1 Jangan Risau
Beliau
suka dengan kata-kata pepatah Inggeris ini, “Worrying does not take away tomorrow’s sadness. It takes away today’s
strengths.” Dalam kata lain, kerisauan tentang masa akan datang, tidak
membawa apa-apa kepada kita selain daripada rasa penat. Jadi, mengapa kita
harus risau?
P2 Masa Tidak Menunggu Kita
Masa
sama sekali tidak pernah berhenti. Walaupun ketika kita ingin sangat ia
berhenti untuk kita menikmati saat itu. Oleh itu, beliau menyarankan kepada
kita, nikmatilah setiap saat dan detik yang kita ada. Sama ada gembira atau
sedih, lapang, pahit dan lain-lain. Gunakan setiap detik itu, untuk mendekatkan
diri dengan Allah s.w.t. “Savour every
moment while it lasts.”
P3 Teruskan Berbuat
Baik
Janganlah
bersedih dengan kesalah demi kesalahan yang telah kita lakukan. Setiap daripada
kita tidak akan lepas dari melakukan kesilapan, dosa dan maksiat. Kesalahan yang
telah kita lakukan mungkin banyak, tapi ingatlah, Allah itu MAHA PENGAMPUN. Jadikan
kesalahan yang telah kita lakukan itu sebagai pendorong kepada kita untuk
melakukan kebaikan dan meminta ampunan dariNya.
P4 Positiflah
Sentiasa
positif dengan kehidupan, walau dihadapan kita, jalan hidup kita seakan gelap
dan tiada pengharapan cahaya. Ingatlah, Allah tidak pernah mahukan keburukan
kepada hambaNya. Rencana Allah itu terbaik bagi kita.
P5 Jangan Berhenti
Berharap
Jangan
pernah berhenti meletakkan pengharapan kita kepada Allah kerana, taqwa itu ada
dua iaitu takut dan harap. Apakah Allah tidak mengabulkan doa kita pada saat
ini, namun Allah simpan ia untuk kita di satu waktu yang kita betul-betul perlu
kepadanya.
P6 Bergantunglah Hanya
Pada Allah!
Yang
paling penting sekali, letaklah Allah itu sebagai tali pergantungan kita.
Manusia itu jadikan sebagai wasilah. Kerana manusia akan dating dan pergi dalam
hidup kita.
Masa akan berlalu pergi meninggalkan
kita. Ia tidak menunggu sesiapa. Moga-moga kita akan mengakhiri umur kita
dengan kebaikan. Walaupun mungkin manusia tidak mengenali kita, namun
harumkanlah nama kita dilangit sana, dengan amal kebaikan yang tidak pernah
henti.
Jam 12.43 pagi, 13/01/2014 ®tintayusofibnunawi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan