Sabtu, 25 Februari 2012

Pemerintahan Islam di India (Part 1)

ZaWaWi405


PENAKLUKAN NEGERI SIND

                                          peta Negeri Sind yang bewarna
Negeri Sind nerupakan jajahan negeri India yang mula ditakluk oleh Kerajaan Umaiyah. Ia merupakan sebahagian besar daripada wilayah negara Pakistan hari ini. India yang mengandungi beberapa buah kerajaan beraja pada masa itu sering mendapat serangan dari luar seperti daripada bangsa Turki dan Cina di bahagian Utara.

            Apabila negeri Parsi jatuh ke tangan orang Islam, mereka terus meluaskan daerah hingga ke Khurasan. Dari Khurasan mereka bertujuan untuk menawan Sind. Usaha-suaha untuk menakluk negeri Sind itu bermula sejak zaman Saiyidina Umar lagi dibawah rahan Osman bin al-As, pegawai pemerintah di Aman dan Bahrain. Tetapi oleh kerana usaha-usaha itu terpaksa melalui lautan, maka Saiyidin Umar tidak membenarkannya, kerana beliau tidak suka tentera Islam menyeberangi lautan.

Jajahan Kekhalifahan Islam

            Pada zaman Khalifah Ali, al-Harith ibn Murrah dengan satu pasukan tentera sukarela telah menyerang negeri Sind setelah mendapat kebenaran Saiyidina Ali. Mereka telah mendapat harta rampasan yang banyak. Pada zaman Mu’awiyah, panglima tenteranya yang gagah, al-Muhallab ibn Abi Safrah pernah menyerang negeri Sind.  Pada zaman al-Walid, beliau telahmelantik al-Hajjaj bin Yusuf sevagai pegawai pemerintah bagi wilayah Iraq, Parsi dan Khurasan. Pada masa itu berlakulah perhubungan antara Kerajaan Sind dan Kerajaan Umaiyah.

p/s: akan disambung pada hari lain.. jika anda tidak mahu menunggu update dari saya, anda boleh mencari buku pengantar sejarah umat Islam karangan DR. Ismail Hamid.

Selasa, 21 Februari 2012

ZaWaWi405


Alhamdulillah, hari ini berkesempatan lagi untuk saya berkongsi ilmu yang diperolehi dari pembacaan blog, buku, artikel, jurnal yang saya rasakan wajar untuk dikongsi bersama. Beberapa hari lepas, saya terbaca sebuah artikel yang berkaitan dengan seorang ilmuan Islam yang mana telah menarik minat untuk saya kongsi kan. Tokoh tersebut adalah Ibn Hayyan atau nama sebenar beliau adalah Jabir Ibn Hayyan.

Jabir ibn Hayyan adalah ahli kimia, farmasi, fisika, filosoft, dan astronomi yang hidup pada abad ke-7. Dia telah mampu mengubah persepsi berbagai kejadian alam yang pada saat itu dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat diprediksi menjadi sains yang dapat dimengerti dan dipelajari oleh manusia. Penemuan-penemuan di bidang kimia juga menjadi landasan bagi perkembangan ilmu kimia dan tenik kimia modern saat ini.Jabir adalah ilmuwan yang menemukan asam klorida, asam nitrat, asam asetat, teknik distilasi, dan teknik kristalisasi. Dia juga menemukan larutan aqua regia, hasil penggabungan asam klorida dan asam nitrat untuk melarutkan emas.

Jabir mampu mengaplikasikan kemampuannya dibidang kimia ke dalam proses pembuatan besi dan logam lainnya, serta pencegahan karat. Dia juga mengaplikasikan penggunaan mangan dioksida pada pembuatan gelas kaca. Bahkan, dialah orang pertama yang mencatat bahwa pemanasan anggur akan menimbulkan gas yang mudah terbakar. Hal inilah yang kemudian memberikan jalan bagi Al-Razi untuk menemukan etanol.

Jika kita mengetahui kelompok metal dan non-metal dalam penggolongan kelompok senyawa, maka lihatlah apa yang pertama kali dilakukan Jabir. Dia mengajukan tiga kelompok senyawa berikut :

1.     Spirit, yang menguap ketika dipanaskan, seperti campor arsen, dan ammonium klorida.
2.      Metal, seperti emas, perak, timbal, tembaga dan besi.
3.      Stones yang dapat dikonversi menjadi bentuk serbuk.

Pada abad pertengahan, penelitian-penelitian Jabir tentang kimia diterjemahkan kedalam bahasa latin dan menjadi buku teks standard untuk para ahli kimia di Eropa. Beberapa diantaranya adalah kitan Al-Kimya yang diterjemahkan pada 1144 dan Al-Sab’een yang edisi terjemahanya terbit pada 1187.

Beberapa tulisan Jabir juga diterjemahkan oleh Marcelin Berthelot ke dalam beberapa buku, yaitu Book of the kingdom, Book of the Balances, dan Book of Eastern Mercury. Beberapa istilah teknik yang ditemukan dan digunakan oleh Jabir juga telah menjadi bagian dari kosakata ilmiah di dunia internasional, misalnya istilah “alkali”, dan lain-lain.

Jumaat, 17 Februari 2012

Perjuangan Umar Mukhtar

ZaWaWi405

Alhamdulillah, hari ni saya ingin berkongsi sebuah riwayat perjuangan, seorang tokoh pejuang Islam yang terkemuka di Libya semasa zaman penaklukan rejim Itali disaat Itali berusaha menubuhkan Libya Itali dan menjadikan Libya sebagai salah satu negara naungan mereka.. Mungkin ramai yang tidak mengenali siapa itu Umar Mukhtar. Beliau tidak sehebat Zaid bin Harithah.. Tidak seunggul Tariq bin Ziyad.. tidak juga sebagaimana terkenalnya Sultan Muhammad Al-Fateh dan juga Salahuddin Al-Ayyubi.. Namun beliau merupakan lamang perjuangan Islam di bumi Libya disaat Itali berusaha menjadikan rantau yang mengadap Lautan Meditrenean sebagai tanah naungan...


Marilah kita bersama-sama menyelusuri perjuangan Umar Mukhtar ini yang saya rumuskan dari beberapa blog dan juga dari pada sebuah cerita lama yang diterbitkan sekitar tahun 1980-1989.. juga dari pembacaan saya melalui buku-buku seperti "A History of Modern Libya", "Libya Since Independent: Oil and State-Building", "History of Liby: Cyrene, Libya, Cyrenaica, Hiv Trial in Libya, Turgut Reis, Seydi Ali Reis, Salih Reis, Fourth Shore, Ancient Libya", dan juga sebuah buku berbahasa ibunda iaitu "99 Tokoh Muslim Dunia"..




"""UMAR MUKHTAR: Singa Padang Pasir yang Digeruni"""


KEMERDEKAAN merupakan impian setiap manusia. Tiada manusia yang sanggup dibelenggu oleh penjajahan dan penindasan. Apabila hal ini berlaku, manusia akan tampil memberontak dan berusaha membebaskan diri mereka ataupun negara mereka dari cengkaman tersebut. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai Umar Mukhtar, wira kebanggan rakyat yang namanya bersemadi di dalam hati sanubari rakyat Libya hingga ke hari ini. Sedari usia muda beliau bangun memperjuangkan kemerdekaan negaranya daripada dibelenggu oleh cengkaman kuasa fasis Itali walaupun akhirnya Umar Mukhtar terpaksa syahid di tali gantung. Namanya terpahat kukuh dalam tinta emas, menjadi inspirasi dan dianggap simbol keagungan dalam usaha membebaskan Libya daripada belenggu penjajahan.

Umar Al Mukhtar telah dilahirkan pada tahun 1862 dan merupakan putera kepada Mukhtar bin Umar dan Aiesha binti Muhareb. Dia berasal daripada suku Boray dan Al Manfah. Sebagai seorang remaja, beliau didoktrinkan berdasarkan ideologi gerakan Sanusiah. Pada usianya 16 tahun, ayahnya meninggal dunia semasa menunaikan haji ke Makkah, dan menjadikan dia seorang anak yatim pada usia yang muda. Mukhtar kemudian berpindah ke Jaghboub. Di sana, dia belajar di Institut Pengajian Tinggi dalam bidang Sains Islam selama 8 tahun.

Kerana kewibawaan, kepimpinan dan kecemerlangannya dalam segala bidang, dia memperoleh pengiktirafan yang tinggi daripada syeikh dan pemimpin Sanusi. Pada tahun 1897, dia telah dilantik oleh Sidi Al Mahdi sebagai Syeikh Zaywat AlíAqour. Pada bulan Oktober 1911, tentera Itali memulakan tindakan untuk menawan Libya. Rakyat Libya dengan sungguh-sungguh berjuang mempertahankan negara mereka walaupun dengan kelengkapan senjata yang kurang sempurna. Pada awal penjajahan mereka, tentera Itali memberi tumpuan kepada bandar-bandar di tepi pantai seperti Tripoli, Benghazi, Misrata dan Derna. Pertempuran yang hebat berlangsung di Al-Hani berhampiran Tripoli (23 Oktober 1911), Ar-Rmaila berhampiran Misrata, Al-Fwaihat dekat Benghazi (Mac 1912) dan Wadi Ash-Shwaer berhampiran Derna. Pertempuran-pertempuran yang lain berlaku di kampung, gunung dan padang pasir. Salah satu daripada pertempuran hebat yang berlaku di Ghertabiya dekat Sirt (April 1915) telah menyebabkan beribu-ribu tentera Itali terkorban.

Akibat kebencian dan kemarahan yang meluap-luap, rakyat Libya segera bangkit mempertahankan tanah air mereka. Umar Al Mukhtar diarahkan oleh Sidi Idris Al Mahdi mengetuai pertempuran. Beliau mengatur strategi dengan membentuk satu pasukan tentera yang digelar tentera Mujahidin dengan bersumberkan cukai yang meliputi cukai binatang ternakan dan bijirin. Rakyat Libya membantu pasukan Mujahidin dengan makanan, tentera dan bekalan senjata.

Walaupun selepas beberapa tahun berjuang Itali berjaya menawan Libya, namun pada peringkat awal mereka tidak dapat berbuat demikian kerana pejuang Mujahidin Libya seperti Umar Mukhtar dan para pengikutnya memberikan tentangan yang begitu hebat kepada tentera Itali. Mereka meninggalkan rumah dan bergerak menuju ke kawasan pergunungan untuk merancang dan melancarkan serangan terhadap tentera Itali. Pejuang-pejuang Mujahidin Libya lain yang turut gigih menentang pendudukan Itali ialah Ramadan as Swahili, Mohamed Farhat Az Zawawi, Al-Fadeel Bo-Omar, Solaiman Ai-Barouni dan Silima An Nailah. Umar Mukhtar bertanggungjawab menyusun semula gerakan tenteranya di Gunung Hijau (Aj-Jabal Al-Akdar, Timur Jauh) Libya dan melancarkan serang padu terhadap Itali selepas Perang Dunia 1. Pasukan Mujahidin menyerang troop tentera Itali di atas puncak bukit, hutan dan lembah Gunung Akhdar.

Pada tahun 1922, Itali mula tertakluk di bawah undang-undang fasis. Semua perjanjian yang telah ditandatangani dengan Sidi Idris As-Sanusi telah digantung dan polisi yang menindas dan zalim telah dikenakan terhadap Libya. As-Sanusi terbang ke Mesir pada tahun 1923 meninggalkan Umar Mukhtar yang bertanggungjawab untuk penentangan secara habis-habisan dalam keadaan serba kekurangan.

Apabila Itali merasakan bahawa mereka sukar untuk menghadapi tentera Mujahidin dan mungkin kehilangan Libya kepada pihak Mujahidin, pihak berkuasa Itali menghantar salah seorang pegawai tertinggi mereka, Badolio. Badolio menggunakan kaedah yang tidak berperikemanusiaan untuk menamatkan penentangan. Dia bukan hanya mengetuai penentangan terhadap Umar Mukhtar dan pengikut-pengikutnya tetapi turut bertindak menghukum penduduk-penduduk yang tinggal di bandar dan di desa dan menuduh mereka membantu tentera Mujahidin Libya. Di samping Badolio, kerajaan Itali yang diketuai oleh Mussolini turut menghantar Rodolfo Grasiani unttuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Semasa Libya di bawah Grasiani beribu-ribu rakyat Libya yang tidak berdosa sama ada tua, muda, perempuan, dan kanak-kanak dibunuh secara kejam. Mussolini mengarahkan Grasiani melakukan apa-apa sahaja bagi menghadapi penentangan rakyat Libya.

Grasiani bersetuju ke Libya jika Mussolini membenarkan dia melakukan apa-apa yang di suka hatta termasuk membelakangi undang-undang yang sedia ada. Sebelum pergi ke Libya, terlebih dahulu pegawai yang kejam ini berkunjung ke Morj, Switzerland untuk bersuka ria dan pada masa yang sama merancang serangan bunuh terhadap rakyat Libya dengan berpandukan kepada motto yang dipegang oleh Mussolini, "Jika anda tidak bersama saya, anda menentang saya!" Ini bermakna satu cara terbaik untuk menawan negara tersebut dan mengawal rakyatnya adalah dengan membunuh! Akibatnya, semasa Libya berada di bawah penjajahan Itali, hampir separuh daripada rakyatnya telah dibunuh dengan kejam.

Kaum lelaki, wanita, orang tua dan kanak-kanak telah dizalimi dan dibunuh sama ada dengan menembak mereka, menggantung mereka di khalayak ramai dan membunuh secara tidak langsung iaitu dengan membiarkan mereka mati kelaparan, dan tidak diberi ubat apabila mereka sakit. Tindakan- tindakan kejam ini dilakukan demi untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka berkuasa dan mampu menceroboh dan menawan negara lain, sama seperti kuasa-kuasa lain di dunia.

Perancangan Grasiani ialah memencilkan Libya sepenuhnya dan menghalang sebarang hubungan secara langsung atau tidak langsung antara Mujahidin Libya dengan jiran-jiran mereka yang selama ini membekalkan mereka dengan senjata dan maklumat. Grasiani telah membina tembok berwayar yang panjangnya sejauh 300km, tingginya 2 meter dan 3 meter lebar, bermula dari Pelabuhan Bardiyat yang terletak di utara Libya hingga ke Al-Jaghoub di Tenggara Libya, Perancangan beliau yang kedua ialah membina kem tahanan berpuusat di Al-Aghaila, Al-Maghroun, Solouq dan Al-Abiyar.

Pada penghujung November 1929, semua rakyat Libya tinggal di khemah di Al-Jabar Al-Akdar, Mortaf-Aat Al-Thahair, dari Utara Beneena hingga ke Ash- Shlaithemiya Selatan, dari Tawkera hingga ke selatan padang pasir Balt Abdul-Hafeeth. Semua penduduk daripada mana-mana kabilah, dipaksa meninggalkan tanah dan rumah mereka untuk sama-sama tinggal di kem tahanan berpusat. Kehidupan yang sangat menyedihkan di dalam kem tahanan seperti kelaparan dan berpenyakit telah menyebabkan beribu-ribu rakyat Libya menemui ajal mereka. Mereka yang dipercayai membantu pasukan Mujahidin telah digantung dan ditembak. Lebih 100,000 orang telah dipaksa ke kem tahanan di kawasan Baraqa. Daripada jumlah itu hanya 35,000 orang yang berjaya meneruskan kehidupan.

Marshall Roodolfo Graziani juga mengetuai kempen ketenteraan dengan menawan kumpulan Oasis Al Kufra, yang merupakan tulang belakang penentang. Di luar kem iaitu di kawasan pergunungan, pasukan Mujahidin kembali berjuang menentang pendudukan Itali. Umar Mukhtar tetap teguh dengan pendiriannya. Beliau sekali-kali tidak akan menyerah atau berputus asa. Beliau meningkatkan penentangan di Gunung Akhdar. Suku kaum dari daerah yang berhampiran turut menyertai beliau dalam perjuangannya.

Tetapi pada tahun 1931, pihak Mujahidin kehabisan bekalan makanan, maklumat dan bekalan senjata. Umar Mukhtar yang pada ketika itu telah berumur 80 tahun telah jatuh sakit beberapa kali. Ramai pengikutnya meminta beliau menggantung senjata dan meninggalkan negara tersebut. Beliau begitu marah apabila dinasihatkan meninggalkan perjuangannya selama ini dek kerana usianya yang sudah lanjut. Tetapi dengan semangat yang teguh beliau terus meneruskan perjuangan membebaskan negaranya. Atas dasar itu beliau telah digelar "Singa Padang Pasir".

Pihak Itali yang menyangka bahawa Umar Mukhtar boleh dibeli telah menawarkan beliau elaun sebanyak 50,000 lira Itali sebagai pertukaran untuk beliau menandatangani perjanjian perdamaian. Namun beliau enggan dengan berkata bahawa pendiriannya tetap teguh dan jitu. "Kita mempunyai sunnah Nabi Muhammad yang boleh membimbing kita dalam jihad kita," kata beliau memberikan kata-kata semangat kepada pengikut-pengikutnya.

Dalam usaha memerangkap Mukhtar dan orang-orangnya yang terperangkap di Gunung Akhdar, kerajaan Itali telah mengarahkan sempadan Mesir, Chad dan Sudan ditutup. Peristiwa ini dipanggil Italy Holocaust di Libya. Pada 12 September 1932, dalam satu misi pengintipan tentera Itali, selepas satu pertempuran yang sengit, Umar Mukhtar dan pasukannya telah diserang dan ditangkap. Kira-kira 40 orang pengikutnya telah terbunuh. Hanya beliau yang terselamat dan telah diserahkan kepada Komandan tentera Itali.#Umar Mukhtar telah ditawarkan pengampunan dalam usaha menukar pendirian beliau dan pengikut-pengikutnya agar menghentikan perjuangan. Tetapi tawaran itu telah ditolak oleh Umar Mukhtar dengan tegas. Beliau bersedia untuk menghadapi perbicaraan pada 15 September 1931. Perbicaraan itu merupakan suatu perbicaraan yang tidak adil yang hanya mengambil masa selama 75 minit. Hasil perbicaraan itu, Umar Mukhtar telah jatuhkan hukuman mati.#Hukuman mati itu berlangsung pada 16 September 1931 di bandar raya Solouq di hadapan 20,000 rakyat Libya. Hukuman mati yang dikenakan terhadap Umar Mukhtar telah dilaksanakan tanpa menimbangkan usianya yang telah lanjut dan tanpa mengikut undang-undang antarabangsa dan perjanjian semasa peperangan. Namun sewaktu hendak di tali gantung jelas kelihatan ketenangan di raut wajah Umar Mukhtar. Beliau sempat bersembahyang sunat sebelum dihukum gantung. Selepas dihukum gantung, Umar Mukhtar yang dianggap simbol pembebasan dan jihad Libya dengan segera telah dikebumikan di Ben-Ghazi. Makamnya telah dikawal dengan rapi oleh tentera Itali.

Kematian Umar Mukhtar telah mencetuskan bantahan daripada negara Arab dan negara Islam. Rakyat mengadakan demonstrasi jalanan dan sembahyang jenazah untuk beliau telah diadakan. Kematian Umar Mukhtar telah menyebabkan pergerakan pembebasan di Libya hilang arah tujuannya. Hal ini telah memudahkan kerajaan Rom mengisytiharkan Libya diletakkan di bawah pemerintahan tentera Itali pada 24 September 1932. Penguasaan Itali terhadap Libya berterusan sehingga Itali tewas dalam Perang Dunia Kedua dan Libya diletakkan di bawah penyeliaan Tentera Bersekutu sehingga 24 Disember 1951, apabila Libya mencapai kemerdekaan selepas beberapa tahun dijajah.

Pada tahun 1933, Pengerusi Jabatan Kesihatan dan Ketenteraan Itali, Dr. Todesky telah menulis di dalam bukunya Cerinaica Today, antara kandungan tulisannya berbunyi : Dari May 1930 hingga September 1930, dianggarkan kira-kira 80,000 rakyat Libya telah dipaksa meninggalkan tanah dan rumah mereka untuk tinggal di kem tahanan berpusat. Dalam satu-satu masa 300 orang telah dibawa ke kem tersebut dengan dikawal oleh tentera Itali bagi memastikan mereka tidak melarikan diri. Dr. Todesky menyambung, "Pada penghujung 1930, semua rakyat Libya yang tingal di dalam khemah telah dipaksa tinggal di dalam kem tersebut. 55% daripada mereka telah menemui ajal di dalam kem tahanan tersebut". Ahli sejarawan Libya, Mahmoud Al At-Taeb berkata di dalam wawancara dengan majalah Libya, Ash-Shoura (Oktober 1979) bahawa pada bulan November 1930, sekurang-kurangnya 17 upacara pengebumian diadakan di kem tersebut akibat mati kelaparan, penyakit dan kemurungan.

Apabila akhbar-akhbar dari seluruh dunia mempersoalkan tentang nasib buruk serta layanan yang tidak berperkemanusiaan yang diterima oleh rakyat Libya di dalam kem tahanan tersebut, tentera Itali mula mengambil perhatian dengan membekalkan makanan kepada rakyat Libya sebanyak 22 kg seorang untuk sebulan. Namun tindakan kerajaan Itali itu sudah terlambat kerana ramai rakyat Libya yang telah terkorban akibat kekejaman mereka.

Walaupun Umar Mukhtar telah meninggal dunia, jasa, perjuangan dan pengorbanannya menentang penjajahan telah menjadi inspirasi dan sentiasa bersemadi di dalam hati rakyat Libya mahupun masyarakat Arab dan Islam hingga ke hari ini. Lantaran itu, sebagai penghargaan kepada Umar Mukhtar:

• Libya mengisytiharkan kemerdekaannya pada 16 September, tarikh Umar Mukhtar dihukum gantung.

• Pada ulang tahun ke 56 kematian Umar Mukhtar, kerajaan Libya membina sebuah muzium untuk menunjukkan kepada rakyat senjata yang digunakan oleh Umar Mukhtar dan pengikut-pengikutnya.

• Mata wang kebangsaan Libya - dinar memaparkan gambar Umar Mukhtar.

• Pada tahun 1991, Umar Mukhtar telah dianugerahkan Yemeni Medal of Independence of The First Degree yang diterima oleh anaknya.

• Pada tahun 1940, kelab Umar Mukhtar telah ditubuhkan di Mesir. Persatuan lain juga telah ditubuhkan menggunakan namanya di seluruh negara Arab dan negara-negara Islam.

• Sebuah filem berdasarkan riwayat hidupnya lakonan Anthony Quinn telah diterbitkan.

Begitulah sebuah kisah perjuangan seorang pejuang Islam yang telah berjuang demia agam dan Negara.. jika berkesempatan, saya mengsyorkan kepada saudara-saudara sekelian untuk menonton filem yang mengisahkan riwayat perjuangan pahlawan kita ini.. semoga perkongsian kali ini membawa manfaat untuk tatapan kita semua..
Wassalam....

Ahad, 12 Februari 2012

Kun Fayakun

ZaWaWi405


Kun Fayakun

Kun Fayakun..  Bagi yang  sudah mengerti apa yang dimaksudkan dengan “Kun Fayakun” maka mereka tidak akan tertanya-tanya makna dan pengertian kalimah tersebut.. “Kun Fayakun” (maka jadilah).. Allah s.w.t. telah banyak kali menyebut kalimah ini dalam Al-Quran, disini saya bawakan beberapa tempat yang terdapat dalam Al-Quran.

[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

[An Nahl:40]
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".

[Yaasiin:82]
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".

[Al An'aam:73]
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui

[Al Mu'min:68]
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".

[Maryam:35]
Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".

[Ali 'Imran:47]
Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia.

[Ali 'Imran:59]
Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya:"Jadilah", maka jadilah dia

Oleh itu bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.


Jumaat, 10 Februari 2012

Di DaLaM SaKiT aDa.........

ZaWaWi405


Demam yang melanda semakin baik. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi diberi nikmat sihat oleh Allah. Semasa demam ambo ada mendapat satu mesej dari seorang sahabat yang memujuk hati ambo disaat sedang di uji dengan demam yang agak teruk juga..

 Suka jika disini ambo paste kan mesej dari sahabat ambo tersebut.

Daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang.” (Riwayat Bukhari)

Orang yang beriman, apabila ditimpa sesuatu musibah atau penyakit, dia akan tetap bersyukur dan semakin akrab dengan Allah. Kerana dia tahu, sakitnya itu boleh menghapus dosa-dosanya yang lalu. Dia sentiasa berbaik sangka dengan Allah.

Sekiranya iman seseorang itu kuat, maka cubaan dan ujian yang menimpanya juga berat.

Daripada Anas Bin Malik r.a.,bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang reda menerima ujian Allah, maka baginya keredaan-Nya. Dan sesiapa yang marah atau kecewa, nescaya ia akan mendapat kemurkaan-Nya.”

Seseorang hamba akan mendapat ujian dan cubaan sesuai dengan kadar iman yang bertahta di hati dan jiwanya untuk Allah.

Suatu hati, Rasulullah s.a.w. datang menemui Ummu Saib. Baginda bertanya : “kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu Saib?”
Wanita itu menjawab : “Demam, Allah tidak memberkati padanya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jangan engkau mengutuk penyakit demam kerana penyakit itu boleh menghapuskan dosa-dosa anak-anak Adam… (Riwayat Muslim)



 Bersyukurlah andai kita ditimpa musibah atau ditimpa penyakit walaupun hanya sekadar demam. Kerana melalui musibah-musibah itu, ada pengampunan dosa. Yakin dan percayalah pada Allah.
Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan : “ Sesungguhnya para ulama’ dahulu mengharapkan ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lampau.”

Bergembiralah dalam menghadapi derita yang menimpamu..
Ukirlah sebaris senyuman walaupun berdepan dengan tekanan..
Senangkanlah hatimu dengan jaminan janji-Nya untukmu..
Berlapang dadalah agar kau bertemu dengan kemanisan iman..

Rabu, 8 Februari 2012

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

ZaWaWi405


Alhamdulillah, hari ini jam 12:17 pagi 8 februari 2012, aku memulakan langkah mincipta blog yang ke-4 bagi diriku setelah 3 blog yang terdahulu telahku jadikan sbgai private blog, padam dan abai.. (padam coz email dah kena hack.. abai coz dah ada orang tolong ambik alihkan blog STPM tu..)...


Bagiku, menulis bukanlah perkara yang mudah. Di samping sukarnya memilih perkatan, mengaturnya dan menjadikan ia satu ayat yang berfaedah kepada pembaca, yang paling sukar apabila mengingatkan kita semua akan dipertanggungjawab atas apa yang kita tulis. Berbanding apa yang diucap, ia barangkali hanya diingat orang buat seketika, tetapi apa yg ditulis akan kekal buat masa yang lama, akan dibaca oleh generasi kemudian. Benarlah kata pujangga "Mata pena lebih tajam dari mata pedang".


Walaubagaimanapun, melihat sahabat-sahabat menceburi bidang blog ini, hati ini turut terdetik untuk menuruti jejak langkah mereka. Bagiku usaha, kegigihan serta kesungguhan mereka dalam bidang penulisan blog banyak mendorong aku memulakan kembali semangat aku dalam bidang penulisan blog setelah setahun aku tak berkarya dalam blog. Semangat mahu berblog hilang bila email lamaku di hack oleh insan yang dalam dirinya kurang sifat bertimbang rasa..
.

Sebagaimana aku memilih prasa   " SeCaNgKiR KoPi SeSuDu MaDu"
sebagai title blog ini, aku mendapat ilham untuk meletakkannya bila aku membuka facebook sambil menghirup kopi secawan bercampur dengan sesudu madu. Ada satu rasa yang sukar bagiku untuk diterjemahkan. Maka disitulah bermula ilham untuk aku kembali semula ke alam blog dan cuba tenggelamkan diri ini seperti dahulu. Namun banyak yang perlu aku pelajari dari yang pakar untuk menjadikan blogku ini nampak menarik.. Demikianlah aku berharap semoga blog ini menjadi medan latihan buatku dalam penulisan. Semoga usaha yang kecil ini memperolehi rahmat dan keredhaan Allah.

Allah menyukai amalan hambanya yang berterusan sekali pun sedikit!

Selamat membaca..Wassalam