Terpaksa akhirnya
Ikhlas.
Terpaksa akhirnya Ikhlas,, tajuk yang
saya telah janjikan kepada pembaca sekelian pada 23 Disember 2013 yang lalu.
Mesti awal pembacaan saudara sekelian tertanya-tanya, tentang apakan ini, cinta
kah? Pekerjaan kah? Perkahwinan kah? Atau apa apa yang hebat pada tajuknya.
Opsss… Lupa bagi salam la pulak.. Maaf-maaf-Maaf..
Assalamualaikum… J.. Entry ni
sebenarnya tentang Hati.. Cakap ttg ikhlas, tak lain tak bukan, ia berkait
rapat dengan hati. Namun entry ni sebenarnya saya nak kongsikan berkaitan
dengan SEDEKAH…
Sedekah mendengar
namanya, orang sudah kenal keutamaannya. Sedekah berasal dari As-Shidq, ertinya
jujur. Sebagai seorang muslim yang bersedekah bererti kita membuktikan
kejujuran kita dalam beragama. Betapa tidak, harta yang merupakan bahagian yang
dicintai dalam hidup kita, harus dia berikan kepada orang lain. Kerana itulah,
Nabi s.a.w menyebut sedekah sebagai 'burhan'
(bukti). Dalam hadis dari Abu Malik Al-Asy'ari, Nabi s.a.w bersabda:
"Solat adalah cahaya, sedekah merupakan bukti, sabar itu sinar panas, sementara Al-Quran mampu menjadi pembelamu atau sebaliknya, menjadi penuntutmu." (HR. Muslim 223).
Ish,, macam tak
da feel nak baca, mengantuk aje,, hehehe.. Baik2, jom kita buat cara santai..
Kata nak jadi macam Pencetus Ummah Yoep, ada karekter kelakor, nak jadi macam
Pencetus Ummah Rahmat, ada karakter tegas dan emosi.. “saya hanya dai’e bukan
mufti”..
Tapi kan, sebut
pasal sedekah, ada segelintir dari kita ni macam liat aje nak bersedekah..Meh
nak citer satu citer yang berkaitan dengan sedekah.. Kisah yang bermula dari
Terpaksa yang akhirnya menjadi sebuah keikhlasan.. Kisah ini terjadi pada
sahabat saya sendiri. JOmmmmm………. Opssss,, kita sambung pada awal tahun nanti..
Maaf…
*** *** *** ***
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***