Jumaat, 8 November 2013

Kembali Bersua

Bismillah

Lama tak buka blog ni.. Buka-buka sahaja terus bersarang bermacam-macam jenis benda. Bukan malas nak update apa-apa, cuma waktu tak mengizinkan buat seketika.. InsyaAllah, akan mula update sesuatu yang bermanfaat buat semua nanti..

sebelum berundur diri, terimalah, sebuah kata-kata dari seorang murabbi:

1. Di dalam menempuh jalan hidup janganlah mencoba menjarah dari Tuhan, sebab kendali yang sebenarnya terpegang di tangan-Nya, betapapun kita memegang kemudi bahtera menuju pelabuhan yang dicita – citakan. Yang menentukan arah angin ialah Dia. Sebelum sampai ke tempat perhatian, janganlah lekas puas dan gembira. Jika nasib selamat tetap bersyukurlah !. Dan jika angin ribut menggoncangkan bahtera sehingga seakan-akan tiang akan patah, janganlah bergoncang jiwamu sebab sesudah angin rebut itu akan terang kembali, sebab itu hendaklah bersabar. ( Buya Hamka )

2. Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran. tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati! (al-Ghazali)

3. Sesiapa yang menuntut ilmu, hendaklah dia mendalami ilmunya kerana tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.(Seseorang itu yang memiliki ilmu perlulah memahaminya dengan mendalam seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian & ajarkanlah ilmu itu pada segenap insan agar ilmu tersebut tidak hilang.) (Imam Syafie)

4. Allah tidak kasih kepada hambaNya yang diberi nikmat melainkan hamba itu melahirkan kesan nikmat Allah itu. Lebih-lebih lagi orang berilmu. (imam Malik)

Tiada ulasan: