Selasa, 6 Mac 2012

Pengalaman dan Pembelajaran...

Alhamdulillah, menyepi seketika dek kerana kekangan masa yang terpaksa ditempuhi.. Hari ini, mungkin catatan yang saya coretkan disini tidak mempunyai unsur Ilmiah, namun sekadar luahan rasa diri saya mengenai perjalanan hidup saya sepanjang minggu ini..

Esok, jam 9 pagi, dah bertandang ujian pertama dalam misi menggapai kejayaan utk sem ni. Tasmi' surah Sajdah depan Ustaz.. Malam ni, rasa mcam belum bersedia untuk menghadapi saat tersebut.. Tapi tak sabar juga menunggu hari esok untuk bersama-sama sahabat berusrah.. Cuba yang terbaik...

Hari ini, banyak pengetahuan baru yang dapat saya perolehi samada daripada Pensyarah2 atau sahabat2 saya. Seawal pagi, bersama al-Ustaz Kabir dari Nigeria, diajar oleh beliau tentang Ilmu Bahasa Arab. Walaupun terpaksa mengerahkan minda untuk memahami apa yang dituturkan oleh beliau, Alhamdulillah, dapat memahami pembelajaran tersebut disebabkan beliau menggunakan penggunaan kalimah yang mudah dan kadang2 diselit dengan maksud ayat dalam bahasa English. Sebelah petang, pemikiran mula memasuki mood pemikiran tentang sejarah. Menyelusuri subjek Minoriti Muslim sebenarnya banyak memberikan diri ini input2 yang berguna. Bila memasuki sesi soal jawab, terkeluar satu istilah yang masih diriku mencarinya di mana2 rujukan tentang "MELTING POT ".. Susah jugak kan.. Mungkin akan dicoretkan tentang istilah tersebut pada hari yang lain.. 

Apa yang dapat saya jelaskan disini, sepanjang hari ini, banyak input2 yang berguna yang mampu kita share bersama orang lain. Saya sendiri merasakan banyak lagi belum sempat untuk dicoretkan kat sini memandangkan masa terlalu suntuk untuk saya berkarya pada malam ini.. apa yang penting istiqomah..

Tiada ulasan: