Rabu, 5 Februari 2014

Cukup-Cukup Lah

Cukup-Cukup Lah
Assalamualaikum………….

Apa khabar semua? Sibuk? Sesibuk saya yang tengah merasa pening dengan hari-hari terakhir bekerja di Bahagian Pendidikan Islam, KPM? Atau sesibuk pak menteri yang berusaha membangunkan Negara, meningkatkan ekonomi, membasmi kemiskinan? Jangan peduli tapi sila cakna. Maaf lah, bukan menempelak sesiapa, tapi mengingatkan diri saya juga. Berapa lama terlupa, atau tiada masa untuk menarikan jari di dada keyboard. Berapa hari juga tiada kesempatan untuk menelaah bacaan bermanfaat, juga boleh dikira dengan jari, berapa jarikah mata ini membaca al-Quran. Inilah akibatnya bila dunia masih lagi dijiwa.

            Macam kasar sahaja Bahasa pada hari ni. Mungkin mengantuk atau kerana lama tidak membaca? Hari ni sebagaimana dengan tajuk kat atas sana, CUKUP yang saya cuba sampaikan adalah cukuplah kita mengejar dunia. Bukan tak boleh kejar dunia lansung, tapi cukuplah mengejar dunia secara berlebihan. Hari ini dah 5 Februari 2014, jam saya menulis pada saat ini adalah 05.26.07 pagi. Kalau dihitung umur saya, lagi lebih kurang ¼ tahun lagi saya akan cukup umur 24 tahun. Namun jika dihitung dengan umur saya ini, nampaknya dunia lebih mendahului akhirat. Itu saya, anda pula bagaimana? Apa mungkin selepas tanah menjadi bilik kita baru kita sedar, dan mula untuk berhenti mengejar dunia secara berlebihan? Sesungguhnya kita dalam kerugian.

Dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: Kami mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Barangsiapa yang (menjadikan) dunia tujuan utamanya maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinan/tidak pernah merasa cukup (selalu ada) di hadapannya, padahal dia tidak akan mendapatkan (harta benda) duniawi melebihi dari apa yang Allah tetapkan baginya. Dan barangsiapa yang (menjadikan) akhirat niat (tujuan utama)nya maka Allah akan menghimpunkan urusannya, menjadikan kekayaan/selalu merasa cukup (ada) dalam hatinya, dan (harta benda) duniawi datang kepadanya dalam keadaan rendah (tidak bernilai di hadapannya)”


Hadits yang mulia ini menunjukkan keutamaan cinta kepada akhirat dan zuhud dalam kehidupan dunia, serta celaan dan ancaman besar bagi orang yang terlalu berusaha keras mengejar harta benda duniawi”

PERINGATAN UNTUK DIRI SAYA DAN JUGA SAHABAT SEKELIAN.........

Tiada ulasan: