Cukup-Cukup
Lah
Assalamualaikum………….
Apa
khabar semua? Sibuk? Sesibuk saya yang tengah merasa pening dengan hari-hari
terakhir bekerja di Bahagian Pendidikan Islam, KPM? Atau sesibuk pak menteri
yang berusaha membangunkan Negara, meningkatkan ekonomi, membasmi kemiskinan?
Jangan peduli tapi sila cakna. Maaf lah, bukan menempelak sesiapa, tapi
mengingatkan diri saya juga. Berapa lama terlupa, atau tiada masa untuk
menarikan jari di dada keyboard. Berapa hari juga tiada kesempatan untuk
menelaah bacaan bermanfaat, juga boleh dikira dengan jari, berapa jarikah mata
ini membaca al-Quran. Inilah akibatnya bila dunia masih lagi dijiwa.
Macam kasar sahaja Bahasa pada hari
ni. Mungkin mengantuk atau kerana lama tidak membaca? Hari ni sebagaimana
dengan tajuk kat atas sana, CUKUP yang saya cuba sampaikan adalah cukuplah kita
mengejar dunia. Bukan tak boleh kejar dunia lansung, tapi cukuplah mengejar
dunia secara berlebihan. Hari ini dah 5 Februari 2014, jam saya menulis pada
saat ini adalah 05.26.07 pagi. Kalau dihitung umur saya, lagi lebih kurang ¼ tahun
lagi saya akan cukup umur 24 tahun. Namun jika dihitung dengan umur saya ini,
nampaknya dunia lebih mendahului akhirat. Itu saya, anda pula bagaimana? Apa mungkin
selepas tanah menjadi bilik kita baru kita sedar, dan mula untuk berhenti
mengejar dunia secara berlebihan? Sesungguhnya kita dalam kerugian.
Dari
Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: Kami mendengar
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa yang (menjadikan) dunia tujuan utamanya maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinan/tidak pernah merasa cukup (selalu ada) di hadapannya, padahal dia tidak akan mendapatkan (harta benda) duniawi melebihi dari apa yang Allah tetapkan baginya. Dan barangsiapa yang (menjadikan) akhirat niat (tujuan utama)nya maka Allah akan menghimpunkan urusannya, menjadikan kekayaan/selalu merasa cukup (ada) dalam hatinya, dan (harta benda) duniawi datang kepadanya dalam keadaan rendah (tidak bernilai di hadapannya)”
Hadits
yang mulia ini menunjukkan keutamaan cinta kepada akhirat dan zuhud dalam
kehidupan dunia, serta celaan dan ancaman besar bagi orang yang terlalu
berusaha keras mengejar harta benda duniawi”
PERINGATAN UNTUK DIRI SAYA DAN JUGA SAHABAT SEKELIAN.........