Assalamualaikum…
Lama kita tak bersua dengan
entry yang cantik, bermanfaat dan berilmu.. Bukan niat tak mahu berblog atau
dah lupa blog, tapi idea tu kering seumpama alur ilmu UKM yang tak menerima
hujan.. Sebelum ke tajuk entry, ambo nak kongsi satu kata-kata daripada Mantan
Presiden AS yang ke-35, John F Kennedy:
“Seseorang mungkin akan mati. Negara
juga mungkin akan berjaya maju atau pun juga hancur musnah. Namun idea tentang
kehidupan akan sentia dan tetap berjalan”
Sekarang, jom kita berbicara
tentang Hati.. J
“Ummu, kau pernah suka seseorang tak?’’ temanku bertanya.
Teralih perhatianku
untuk menikmati keindahan alam.
“Adalah jugak. Tapi dah lama, dah hilang dah pun perasaan itu.
Kadang-kadang memang terasa macam ada sesuatu dalam hati; tapi perasaan tu juga
buat aku rasa tak sedap hati at the same time. Bila macamtu, aku doa je
kat Allah. So, sebenarnya, aku pun tak pastu aku pernah suka lelaki ke tak.
Hehehe”
“Kau doa macamana?”
Ya Allah, kau tahu perasaanku
terhadapnya kerana Kau Maha Mengetahui, jika memang sudah tertakdir jodohku
dengannya, Kau peliharalah rasa sukaku terhadapnya sebaliknya jika aku memang
tidak tertulis untuknya, Kau hilangkan rasa sukaku terhadapnya. Kerna Kaulah
yang sebaik-baik perancang.
Hanya itu yang mampu
ku jawap. Mahu menghilangkan rasa gusar di jiwa temanku. Tersenyum dia mendengar
jawapanku.
“Nasib baik kau ada, kalau tak mesti aku dah terlanjur jual
cinta aku untuk yang tak sepatutnya.”
…………………………………………………………………………
Yang Dinamakan Hati
Memendam perasaan
itu dinamakan jihad. Kerana kita sedang memperjuangkan diri kita daripada
terjebak dengan dosa. Andai seseorang meluahkan perasaannya terhadap kita dan
kemudian kita menerima perasaannya, mengikat sebuah hubungan haram, membuka
hati kita untuk menerima cinta kepada yang tak sepatutnya. Samalah, seperti
balang gula-gula yang telah terbuka dari penutupnya.
Dan ketika sedang
menjalin hubungan tanpa ikatan dengannya, kita sibuk menzahirkan cinta,
meluahkan sayang kepadanya, kerana ketika itu, hidup kita hanya untuk
membahagiakannya. Ini diibaratkan seperti gula-gula yang terdapat dalam balang
itu telah diberikan kepada dia.
Lalu, akhirnya dia
pergi meninggalkan kita setelah puas mempermainkan kita yang leka dalam cinta.
Balang gula-gula itupun yang sudah terbuka penutupnya, hanya tingal sedikit
sisa-sisa, beberapa gula-gula. Dan hati kita itu, hanya balang gula-gula
yang tinggal sedikit isinya. Adakah hati itu yang bakal kita persembahkan
kepada seorang Adam yang bergelar suami, halal keatas kita, dan bakal
menghabiskan masanya bersama kita?
Si suami bakal
mendapat cinta secondhand. Tidakkah kita merasa malu untuk berdepan
dengannya, kerana hati ini pernah menjadi kepunyaan orang lain?
Suka pada seseorang.
Itu namanya fitrah. Kerana itulah, berada di alam remaja, merupakan alam yang
paling mencabar.
Ada sesetengah
manusia, menjadikan cinta sebagai media pemuasan hawa nafsu. Inilah yang
berlaku pada akhir zaman sekarang. Kes buang bayi, mengandung anak luar nikah,
semakin banyak terjadi. Inilah umat akhir zaman.
Cinta yang lazimnya
ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya cinta yang diilhamkan
Tuhan untuk haiwan.
Tidak malukah kita?
Disamakan dengan haiwan?
Muhasabah diri. Suka
seseorang, pendamkan sahaja. Fikir dahulu,tidakkah kita berasa malu? Mencintai
seseorang, tanpa terlebih dahulu mencintai Dia. Bagaimana kita, mahu mengetahui
tanda-tanda kita mencintai Allah?
…………………………………………………………………………
Tanda-tanda Mencintai Allah
Kalau cinta, rindu
untuk bertemu. Bagaimana sikap kita sewaktu hendak berjanji temu (solat) dengan
Allah? Kalau cinta, suka apabila disuruh. Bagaimana sikap kita sewaktu
diperintah menutup aurat, menjauhi zina dan lain-lain?
Tidak malukah kita?
Mencintai hambaNya terlebih dahulu tanpa mencintai Dia?
Andainya kita risau,
orang yang kita sukai bakal jatuh ke tangan orang lain, ingatlah kita ini
siapa. Orang yang disukai itu bukan milik kita sebaliknya milikNya. Layakkah
kita merisaukannya. Ingatlah, jodoh itu ketentuan Tuhan, kita hamba tidak perlu
bersusah payah memikirkannya.
Apa guna bercouple?
Sedangkan dia yang kita sukai itu belum tentu lagi jodoh kita. Elakkan. Kerana
ia selangkah menuju kepada perbuatan zina. Dan Allah sendiri telah berfirman:
“Dan
janganlah kamu mendekati zina…. (Al-Isra’ 17:32)”
Cinta selepas kahwin
itu indah. Kerana apa yang haram untuk dibuat, halal untuk kita lakukan
terhadapnya. Simpan diri untuk yang halal. Bila hati diuji kerana fitrah,
peganglah pada prinsip: ‘hati itu ibarat balang gula-gula.’
Wanita, peliharalah
cintamu untuk yang halal. Memendam itu berjihad. Tidak perlu bercouple untuk
melampias fitrah. Kita wanita, senang menuju ke syurgaNya.
Terima Kasih Kepada penulis dan juga editor Biacar Tentang Hati.. Artikel ni di ambil daripada iluvislam.. Tunggu entry ambo yang bakal di terbitkan pada 25 Disember ini.. Jom Kita Nantikan.. Tajuknya: Terpaksa akhirnya Ikhlas.
Penulis Bicara Tentang Hati:
Editor Bicara Tentang Hati:
Naquiah Noor