Bismillah
Rasanya, lama tak menjengah ke laman blog, terlalu sibu dengan urusan pelajaran dan juga persatuan... tapi hari ni nak berkongsi sikit berkaitan ni, copy and paste je..
Assalamualaikum
Rasanya, lama tak menjengah ke laman blog, terlalu sibu dengan urusan pelajaran dan juga persatuan... tapi hari ni nak berkongsi sikit berkaitan ni, copy and paste je..
Assalamualaikum
Semalam, mungkin sebuah kenangan.
Esok, mungkin sebuah rahsia masa hadapan.
Tetapi hari ini, perlu tempuhi semuanya dengan ketabahan.
Memori itu bukan tercipta dengan sendirinya.
Tetapi kita sendiri yang menciptanya.
Berharap agar kekal abadi dan indah semuanya.
Sayangnya memori itu tidak indah dan bahagia semua.
Kadangkala ia boleh jadi memeritkan hati semua.
Percayalah bahawa kita mampu mengubah memori itu semua.
Memori yang indah perlu dikenang.
Memori yang pahit dan perit mengapa tidak dibuang.
Memori silam perlu disimpan kemas supaya nampak tenang.
Melangkahlah kehadapan dengan berani.
Usah ditoleh ke belakang dengan pandangan sepi.
Seandainya tidak mahu ditepis oleh diri sendiri.
Memori itu pelbagai. Ada yang manis, ada juga yang perit untuk terus
dikenang. Yang perit, jadikan tauladan, pengajaran dan panduan masa
hadapan. Yang manis kenang sahaja di saat kita berduka. Kadangkala boleh
jadi memori indah di masa silam membantu kita melupakan sebuah
kesedihan nyata di masa ini. Pilihlah, fikirkanlah.
Tetapi memori semalam, aku punya banyak yang melukakan dan memeritkan.
Hari ini aku bangkit melawan memori itu. Aku tidak punya kuasa ajaib,
kuasa doraemon untuk kembalikan masa, aku juga tidak punyai mesin masa,
aku bukan kuasa apa-apa. Manusia hanya manusia biasa.
Aku mahu terus melangkah kehadapan. Lupakan semuanya. Ya ! Tiba saatnya
aku lupakan semua memori yang menggamit kemas di jiwa. Memori bersama
dia, biarpun bertahun-tahun ia berlalu, biarpun memori itu gula-gula
diibaratkan. Tidak mampu disimpan, kelak menghantui jiwa sendiri.
Maaf ! Memori kita mungkin akan kekal abadi selamanya, bahkan ombak
tsunami juga tidak mampu menghempasnya. Inikan pula letusan si lava
gunung berapi dan gempa bumi yang dahsyatnya tidak terjelas. Tetapi saya
hanya akan simpan kemas, bukan untuk diingati mahupun dikenang kerana
memori sekarang sudah tidak sebahagia dulu. Maaf, buat sekali lagi.
Haluan kita berbeza. Permulaan pasti didatangi dengan kesudahannya. Dan
inilah kesudahannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan