Sabtu, 11 Ogos 2012

Syeikh Soleh

Bismillah




Riwayat Syeikh Soleh al-Ja’fari

Pebulisan ini berdasarkan panel Penyelidikan Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS)
www.yayasansofa.com
Kisahnya berkaitan dengan Al-‘Allamah al-Imam Syeikh Soleh bin Muhammad  bin Soleh bin Muhammad bin al-Rifa’I. Beliau adalah seorang ulama’ unggul yang bersambungan nasabnya dengan Sayyiduna Ja’far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin al-Hussain bin Ali dan Fatimah al-Zahra’ binti Sayyiduna Muhammad SAW. Dilahirkan pada khamis 10 Jamadilakhir tahun 1328 Hijrah di Dunqula, Sudan.
        Ramai mungkin yang menyangka dan tersalah faham mengenai perkataan al-Ja’fari pada penisbahan dirinya dan namanya sehingga menyangka bahawa beliau adalah pengikut mazhab Syiah al-Ja’fariah sedangkan beliau berakidah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bermazhab Maliki dalam ilmu Feqah. Manakala penisbahan kepada al-Ja’fari hanyalah kepada keturunan dan datuk moyangnya sahaja.
        Bapanya adalah seorang petani yang bersungguh-sungguh dalam menguruskan kerja perladangan demi menyara keluarganya. Manakala pada waktu malam beliau bangun dan beribadat kepada tuhannya sehingga hampir waktu Subuh. Beliau pergi awal ke masjid, sama ada pada musim panas atau sejuk lalu membuka pintu masjid dan menyalakan lampu-lampu, menunggu para Jemaah, menjadi bilal dan mengimamkan solat. Beliau beristiqamah dalam ibadahnya, sentiasa solat berjemaah dan duduk di dalam saf yang awal sepanjang umurnya yang melebihi 90tahun.
Semenjak kecil lagi Syeikh Soleh memiliki perasaan belas ihsan dan kasih sayang kepada masyarakat sekitarnya. Apabila dating fakir, beliau akan memberi barangan tanpa mengambil sebarang bayaran daripada mereka. Semenjak kecil lagi, beliau sibuk menuntut ilmu, berdamping dengan mushaf al-Quran serta menhafaznya ketika berusia 14tahun di Masjid Dunqula, Sudan.
        Beliau sentiasa pergi ke masjid, dan apabila ditanya, ibunya sering menjawab: “Soleh berada di masjid menghafaz al-Quran.”
        Ketika tidur beliau meletakkan Mushaf disisinya dan apabila terjaga pada bila-bila masa pada waktu malam, beliau akan membacanya.
        Di antara guru yang bertanggungjawab dalam pentarbiahan rohaninya ialah Sayyid Muhammad al-Syarif iaitu cucu kepada ulama dan wali Allah yang masyhur iaitu Sayyid Ahmad bin Idris (insyaAllah bila berkesempatan di lain masa, saya akan mengisahkan tentang Sayyid Ahmad bi Idris ini). Syeikh Soleh duduk dibawah pentarbiahannya semenjak berusia 19tahun.

BELAJAR di AL-AZHAR
Syeikh Soleh pergi ke al-Azhar ketika berumur 16tahun untuk menuntut ilmu daripada para ulama di sana. Beliau pernah bermimpi melihat Sayyid Ahmad bin Idris berkata kepadanya: “Allah bersamamu, bacalah Feqah mazhab yang empat”.
        Salah seorang syeikhnya berkata, “ sekiranya mimpi itu benar bermakna engkau kan pergi ke Universiti al-Azhar.”
        Pemergiannya ke Mesir mengalami banyak kesulitan kerana jarak perjalanan dari Sudan amat jauh dan merumitkan dengan terpaksa menempuh padang pasir dan bukit-bukau.
        Di al-Azhar beliau belajar dengan penuh kesungguhan dalam keadaan meninggalkan tanah air, keluarga dan anak-anak. Beliau tidak pernah mensia-siakan waktu dengan perkara yang tidak berfaedah walaupun seketika. Syeikh Soleh juga tidak pernah meninggalkan syeikh-syeikhnya walau sekali melainkan sering bersama dan duduk dalam majlis pengajian mereka. Beliau berjaga malam untuk menuntut ilmu, berzikir, membaca al-Quran dan beribadat. Bagi beliau tiada kelazatan yang standing melainkan kelazatan beribadat.
        Beliau juga mengunakan tasbih dengan seribu biji sering duduk di al-Azhar dengan bertasbih kepada Allah sehingga solat Subuh. Ketika usia mudanya, beliau mampu mengkatamkan al-Quran sebanyak tiga kali sehari dengan taufik daripada Allah.
        Ketika Menuntut di al-Azhar, bapanya mengirimkan sebanyak 10 Pound Mesir setiap bulan. Pada era tahun 30-an, nilai tersebut adalah besar. Akan tetapi Syeikh Soleh membelanjakan wang tersebut dengan bersedekah kepada pelajar miskin di al-Azhar. Beliau hidup dan makan makanan yang ringan bersama mereka, bahkan seringkali tidak makan beberapa hari dan tidur dalam kelaparan.
        Semasa pengajian, Syeikh Soleh amat bersungguh-sungguh dan banyak bertanya untuk mengambil segala manfaat dan ilmu tambahan daripada syeikh-syeikh yang mengajarnya. Pengajiannya tidak hanya terhenti di al-Azhar, bahkan beliau berusaha untuk mencari ilmu di tempat lain seperti pengajian Syeikh al-Syubrawi di Masjid al-Nur Mesir.
        Di sana terdapat ramai Syeikh yang telah mencurahkan faedah ilmiah, ijazah dan barakah kepada Syeikh Soleh sehingga menjadikan beliau bintang yang bersinar gemilang di kalangan jaguh-jaguh ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
        Antara mereka ialah Syeikh Muhammad Ibrahim al-Samaluti, Syeikh Muhammad Bakhit al-Muti’I, Syeikh Habibullah al-Syanqiti, Syeikh Ali al-Sya’ib. Syeikh Yusuf al-Dijwi, Sayyid Ahmad al-Ghumari, Syeikh Hasan al-Masysyat, Sayyid Abdul Khaliq al-Syubrawi, Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf dan ramai lagi.
        Beliau telah menghabiskan seluruh usia dan kehidupan pada jalan ilmu, amal dan dakwah, beliau kembali menemui Ilahi pada petang Isnin 18 JamadilAwal 1399 Hijrah dan disemadikan di Hadiqah al-Khalidin, al-Dirasah Kaherah.

MENJADI Kebangaan al-AZHAR
Syeikh Soleh telah menjadi imam dan mengajar di Masjid al-Azhar selama 50tahun. Beliau juga tidak keluar dari Masjid al-Azhar melainkan untuk mengajar, menunaikan fardhu haji, menziarahi tempat-tampat yang diberkati. Syeikh Soleh telah menghasilkan karya-karya berharga yang meliputi perbahasan ilmiah dan juga pentarbiahan rohani. Di antara karya-karya tersebut ialah: Diwan al-Ja’fari, Fath wa Faidh wa Fadhl min Allah, Al-Ma’ani al-Raqiqah ‘ala al-Durar al-Daqiqah, Asrar al-Siyam, Al-Muntaqa al-Nafis, Al-Araba’in al-Ja’fariyyah, Nazmu al-Aajurrumiyyah fi Ilmi al-Nahwi, Jallat ‘Azhamatuka, Risalah fi al-Hajj dan banyak lagi.
        Al-Muhaddith Sayyid Abdullah al-Ghumari berkata bahawa beliau adalah seorang yang soleh sebagaimana namanya. Al-Imam al-Akhbar Dr. Abdurrahman al-Baisar berkata: “Syeikh Soleh adalah al-Azhar disebabkan kewujudannya di al-Azhar dan dengan ilmunya. Berapa ramai di kalangan orang yang menziarahi al-Azhar daripada pelbagai negara mendapati bahawa Syeikh Soleh mewakili al-Azhar dengan keilmuannya. Kewujudannya di al-Azhar adalah symbol kebanggaan bagi al-Azhar. Semoga Allah merhedainya. Kuliah pengajiannya diadakan pada setiap hari selepas solat Maghrib dan juga pada hari-hari sambutan kebesaran Islam. Sesungguhnya beliau telah Masyhur dengan kuliah Jumaatnya (Dars al-Jumu’ah)
        Telah berkata Syeikh al-Syubrawi: Sesungguhnya engkau tidak perlu lagi untuk menghadiri pangajian saya selepas ini. Sekarang saya telah tahu bahawa engkau mampu untuk duduk mengaja ilmu kepada orang ramai.

Tiada ulasan: