Selasa, 17 Julai 2012

Indahnya Tarbiyyah


ALHAMDULILLAH..

Dapat juga akhirnya Saya kembali semula, setelah lama menyepikan diri dari mencoretkan apa-apa kata dan tinta dalam ruangan blog saya ini. Seribu maaf dipohon buat semua sahabat yang mesej dan bertanyakan tentang entri blog saya yang masih kekal tidak berubah. Hakikatnya begitulah, bila berada di kampung, tanpa adanya kemudahan internet dan kesibukan bersama keluarga, kesibukan dalam melaksanakan Latihan Amali Industri (LAI) bagi kursus wajib Fakulti untuk semester ini membuatkan saya tidak mempunyai kelapangan dalam usaha saya memeriahkan kata-kata serta pena ilmiah di dalam blog saya ini.


Tapi saya tidak melupakan sahabat semua, oleh itu sebelum pulang ke kampung saya telah meletakkan tab bagi entri I Luv Islam. Mungkin sahabat yang kecewa dengan tiadanya entri dari saya boleh membuka tab atau halaman I Luv Islamyang terdapat dalam blog saya atau mana blog sahabat saya yang lain.Sahabat-sahabat semua boleh meninjau ke halaman tersebut.

Alhamdulillah hari ini saya nak berkongsi dengan kawan-kawan semua berkaitan satu perkara. Mesti anda semua tertanya-tanyakan isu apa yang saya nak kongsi dengan anda semua. “ish… Main sorong tarik papan la plak dia ni” Mesti ada yang macam tu. Senang je, hari ni kita berbincang tentang Tarbiyyah. Apa itu Tarbiyyah? Mesti sahabat semua dah tahu kan apa itu Tarbiyyah. Tapi tak apa. Saya nak jugak bagitau anda semua kat sini. Degilnya kan.. ish.. ish..ish..

Jom kita selongkar apa itu Tarbiyyah. Adakah Tarbiyyah itu membawa maksud pembentukan? Pemeliharaan? Pengembangan? Atau pengarahan? Cuba kawan-kawan dan sahabat sekelian teka.. Dah dapat jawapannya kan? Yes.. Yes.. n Yess… Jawapan teman-teman semua adalah BETUL dan TEPAT  semuanya. Tarbiyyah mengandungi makna pembentukan, pemeliharaan, pengembangan, dan pengarahan. Itu adalah dari segi bahasa, dari segi istilah, Tarbiyyah ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Ok.. Dengan kata lainnya, ianya adalah proses menjadikan manusia semakin sempurna dari segi potensinya. Jadi, sahabat faham kana pa itu maksud Tarbiyyah secara umumnya.  Tapi tahukah kita yang, tiada manusia yang luar biasa kecuali mereka yang mengenali Islam melalui Tarbiyyah. Kenapa begitu? Kerana, tanpa Tarbiyyah, manusia akan selamanya dalam kegelapan dan kesesatan. Tanpa Tarbiyyah,sukar untuk seseorang itu mengenal siapa dirinya dan Tuhannya.

Umat yang cemerlang harus kita ketahui adalah yang sentiasa dahagakan Ilmu dan begitu merasai keasyikan mempelajari sesuatu Ilmu. Kehidupan mereka dipenuhi Tarbiyyah dan ditujukan sepenuhnya kepada kecemerlangan aspek pengetahuan dan tindakan. But, yes.. but today (cakap English la plak. Sengal ke apa?).. sekarang dan kini, kecemerlangan dalam bidang keilmuan ternyata diungguli oleh masyarakat barat. Mereka menumpukan kehidupan mereka terhadap dunia penyelidikan dan pendidikan yang merupakan symbol kejayaan dan kebanggaan buat mereka.

Dimana Tarbiyyah Ilmu kita sebagai Umat Islam? Sebagai Masyarakat Timur. Yang dahulunya terkenal dengan masyarakat yang banyak melahirkan Ilmuan-ilmuan Islam yang gemilang seperti al-Jazari, al-Khindi, Ibnu Batuta dan sebagainya. Di bumi Barat, pelajar yang memiliki beberapa jenis ijazah merupakan satu fenomena biasa. Paling minima pun ada pada meereka seku7rang-kurangnya segulung ijazah. Mereka tidak berhenti hanya di tahap itu, pelbagai usaha penyelidikan dan penghasilan karya-karya monumental dalam bidang sains dan teknologi mahupun dalam bidang sains sosial. Dan usaha mereka ini mendapat sokongan dan insentif besar daripada kerajaan mereka. Walaupun mereka mempunyai semua kelengkapan tersebut, tapi mereka kekurangan satu perkara. Mereka ketiadaan ruh, ruh Tarbiyyah itu sendiri.

Sebagai akhir kata dan sebagai buah tangan sebelum saya menamatkan celoteh saya pada pagi ini, ingin saya kongsi bersama, Tarbiyyah Islam ini haruslah bersifat:
1.      Berterusan (mustamirroh)
2.      Membentuk sahsiah, bukan hanya pemindahan Ilmu semata-mata (takwin)
3.      Bertahapan (mutadarrijah)
4.      Menyeluruh (kaaffah)

Jadi kita yang menentukan komitmen kita dalam Tarbiyyah. Proses Tarbiyyah seharusnya seiring dengan peningkatan kecemerlangan diri. Sejarah Umat Silam pasti dapat kita ulangi. Sejarah kecemerlangan luar biasa mereka.


Tiada ulasan: