Ahad, 22 April 2012

Tarbiyah

Bismillah



Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.

Semua ini adalah peribadi yang lahir hasil daripada tarbiyah imaniyah yang berjalan di dalam madrasah Rasulullah SAW. Didikan Rasulullah SAW bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi yang asyik dengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipudaya musuh yang ingin menghancurkan Islam. Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;

"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengamponkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).

Hasan al-Banna pernah menyebutkan:

'Jihad adalab fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat."

Sabda Rasuluilah SAW:

"Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah.'

Serendah-rendah tingkat iihad itu ialah dengan cara membantah di dalam hati, dan setinggi-tingginya ialah perang fi sabilillah kerana kebenaran. Di antara kedua-dua tingkatan itu terdapat cara-cara jihad yang lain seperti berjihad dengan lidah, berjihad dengan pena, berjihad dengan tangan dan bejihad dengan cara berani bercakap benar di hadapan raja yang zalim. Semua sifat dan tingkatan jihad tersebut akan lahir melalui proses Tarbiyah lmaniyah, lnsyaallah.

Proses Tarbiyah mesti berterusan

Proses Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim. 
Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)

lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:

"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)

Faktor kejayaan Tarbiyah lslamiyah

Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :

i. Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal don seterusnya mencapai kejayaan. Melalui tarbiyahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi.

Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.

ii. Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses don perancangannya.

iii. Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat dengan berjemaah.

iv. Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun. Perpatah ada menyatakan: "Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya."

v. Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari pusal-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD. Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atau 
sistem pendidikan.

vi. Menggunakan berbagai-bagai wasilah seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.

PENUTUP

Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit. Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan). Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu. Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan adalah milik Islam.

Rabu, 18 April 2012

RaJiNnYa SeMuT

Bismillah

Perhh.. Layan Kopi




Alhamdulillah, segala syukur dan puji-pujian kepada Allah Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan.


Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas baginda s.a.w. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.


Kerajinan, daya usaha yang tinggi serta kegigihan adalah suatu frasa yang hampir sama ertinya. Namun berapa ramai daripada kita yang menghayati erti sebenarnya sebagai suatu aspek utama untuk mengorak kejayaan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan?


Berapa ramai dari kita yang menjadikan elemen rajin sebagai suatu unsur yang mesti ada dalam diri?. Terciptanya manusia sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini adalah bukti kesempurnaan kejadian manusia. Jika kita bandingkan diri kita semua dengan makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan, sudah tentu terdetik rasa bertuahnya diciptakan sebagai manusia yang sempurna tubuh, akal fikiran dan anggota lainnya. Jika kita bandingkan diri kita dengan makhluk Allah bernama semut, pasti ada terlintas di fikiran bahawa semut adalah makhluk kecil yang lemah berbanding kita semua.


Semut adalah serangga bersaiz kecil dan halus tubuh badannya. Kekurangan tersebut langsung tidak mendukacitakan sang semut kerana mereka hidup dalam suatu komuniti yang besar, bersatu padu dan saling bekerjasama. Kegigihan sang semut sememangnya mengatasi manusia dan ini seharusnya menjadi pedoman dan pengajaran buat insan yang berfikir. Lihatlah bagaimana mereka meguruskan kehidupan harian dengan begitu rajin. Jika mencari makanan, mereka akan meredah segala pelusuk yang menempatkan makanan meskipun lokasinya amat jauh dari sarang.


Cubalah anda menyelusuri seekor semut dari saat dia keluar untuk mencari makanan hinggalah pulang ke sarangnya. Pasti anda akan mendapati kesungguhan yang luar biasa dan tanpa putus asa yang ada pada sang semut. Kata seorang sarjana Barat, Henry W. Beecher, "Satu jam yang tekun dan insentif, adalah jauh lebih baik dan menguntungkan daripada mimpi dan termenung yang bertahun lamanya." Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan oleh sang semut selari dengan tuntutan Islam yang menyeru umatnya agar sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Najm bermaksud:


"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya." (An-Najm:39)


Dikisahkan Nabi Sulaiman a.s sedang berehat diluar Istana lalu baginda ternampak seekor semut yang sedang merayap di atas seketul batu. Baginda berasa kagum bagaimana semut itu boleh hidup diatas batu-batu yang kering ditengah-tengah padang pasir itu. Disebabkan ingin membantu semut tersebut, baginda menyediakan sebuah rumah kecil dengan bekalan makanan gandum didalamnya. Selepas semut itu bersetuju, maka tingallah ia di dalam di dalam rumah kecil berisi bekalan gandum itu.


Selepas sebulan lamanya, gandum itu hanya tinggal sedikit. Semut tersebut menjelaskan kepada Baginda kenapa ia lebih senang hidup diluar daripada dipelihara. Ini kerana ia bimbang Baginda akan terlupa memberinya makan kerana kebiasaannya jika di luar sana, sang semut akan makan sebiji gandum atas daya usaha dan kerja kerasnya. Tetapi sebaik sahaja Nabi Sulaiman memasukkannya ke dalam rumah tersebut, sang semut menyatakan bahawa ia cuma dapat makan setengah gandum sahaja supaya bekalan itu mencukupi untuk sebulan lagi. Akhirnya Nabi Sulaiman akur bahawa usaha dan ikhtiar yang kuat sang semut dapat menjana kekuatan hidupnya. Benarlah apa yang dikatakan dalam buku Success Acceleration karya Tony Jeary:


"Bersikap optimis dan positif bukanlah hanya suatu tindakan, gimik atau formula ajaib yang perlu dilakukan apabila perlu. Sebaliknya ia adalah sesuatu yang mesti dibangun dan diamalkan sehingga ia menjadi suatu kebiasaan (a nature of response). Justeru mulai saat ini, jadilah seorang yang optimis sepanjang masa."


Sang semut menjalankan tugasnya dengan dua elemen yang penting yang boleh kita contohi iaitu focus dan priority (keutamaan). Sang semut sentiasa fokus iaitu memberi tumpuan kepada kawasan sumber makanan lalu melaksanakannya dengan ikhtiar yang tinngi untuk mendapatkan makanan tersebut. Prioroti sang semut pula menekankan kepada kesesuaian kawasan sumber makanan untuk mereka perolehi. Sebaik sahaja sang semut mengenalpasti kawasan yang ingin dituju, maka segerombolan semut akan melakukan operasi mencari makanan tersebut. Mereka melakukan dengan penuh kesungguhan sehingga berjaya. Kerana sikap itulah, sang semut jarang sekali atau mungkin tidak pernah pulang ke sarang dengan tangan kosong!. Hakikat ini disokong oleh Presiden Indonesia pertama, Sukarno ada menyatakan, "Orang yang rajin lebih berharaga daripada seorang raja". Wallahua'lam.

Pagi ini



Alhamdulillah, dalam kesejukan pagi hari ini, sempat untuk buka dan update blog ni walau secara ringkas..


Dalam suasana pagi begini, bermacam-macam perkara singgah di dalam kepala ni.. Namun satu perkara ini sahaj yang lebih kerap menganggu diri.. Layakkah aku digelar Khalifah ALLAH yang BERTANGGUNGJAWAB? Layakkah aku disisiNYA? timbul persoalan  yang menjadikan aku keliru.

Tetapi bila difikirkan semula adakah diri aku sendiri sudah begitu sempurna. Berbekalkan iman yang tidak sebesar mana. Maka layakkah aku memanggil diriku ini seorang muslim sejati. Tidakkah aku sedar, diri ini hanya hamba Allah yang hina. Dibesarkan dari setitis air mani. Tidak. Bukan setitis malah aku telah dipilih dari berjuta yang datangnya dari setitis itu. Diberi peluang untuk membesar, terpilih untuk menjadi khalifahnya. Tetapi adakah aku ini, menjalankan tugas dan perintahNya. Persoalan yang aku sendiri tidak pasti. Bukan aku Abu Bakar As-Siddiq, bukan aku Umar Al-Khattab, bukan juga aku seperti sahabat lainnya. Maka layakkah bagiku syurgaNya?

Layakkah aku mengapai syurgaMu Ya ALLAH? Ku terbaca blog seorang sahabat, menitis airmata ku.. Rindunya si dia kepada mengapai cinta Ilahi.. Ku menangis bila membaca tulisannya tentang kejahatan yang tak mampu kita tebus tanpa kita bertaubat. ku menangis bila mendengar nasihat seorang Ulama besar tanah air..

Betul kata Ustaz ku dahulu, bila kita bangun diawal pagi, cuba hitung kesalahan yang kita lakukan pada hari yang sebelumnya.. sedikitkah ia berbanding kebaikan yang kita laksanakan? Jika banyaknya kebaikan kita lakukan.. Mampukah kebaikan tersebut menandingi nilai kejahatan yang kita lakukan? Ikhlaskah kita dalam melaksanakannya?

Bertapa kerdilnya diriku ini, pada pagi yang berkabus ini, hujan rintik membasahi bumi menyejukkan tanah dan membawa seribu rahmat buat kita sebagai InsanNya di bumi.. Ingin aku mencoretkan lagi rasa hati ku.. Namun, masa yang ada sebelum menjijak ke waktu subuh ini, ingin aku gunakan sebaiknya. Amanahku sebagai seorang hamba.. Hamba Allah dimuka buminya.. tugasku sebagai seorang mahasiswa.. tugasku sebagai seorang teman.. Selamat beramal semua..

Isnin, 2 April 2012


Bismillah

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan menyepi maka hari ni sempat juga nak update blog yang tersayang ni.. selama sebulan ni amat sibuk dengan beberapa tugasan sehinggakan terpaksa melupakan seketika dunia blog. Banyak tugasan yang diterima dan Alhamdulillah telah siap 4 tugasan melalui 4 subjek.
1.  Metode Dakwah : Metode dakwah pada zaman Rasulullah
2.  Dunia Islam Abad ke-19: Sultan Mahmud Thani dan gerakan pembaharuan baginda
3.  Kemahiran Berfikir : Jenis-jenis pemikiran
4.  Minority Muslim : Muslim in Switzerland: Is Citizenship Really Incompatible with Muslim Identity?
Namun dihadapan masih menunggu banyak lagi tugasan yang perlu di laksanakan. Selama sebulan tanpa catatan yang ilmiah maka hari ini suka untuk diri ini memetik sedikit petikan tugasan yang telah dilaksanakan:
     Tentang Sultan Mahmud Thani
Sultan Mahmud II mengambil alih takhta pemerintahan daripada abangnya Sultan Mustafa IV pada 28 Julai 1808M ketika berumur dua puluh tiga tahun. Beliau merupakan anak bongsu Sultan Abd al-Hamid I (1774M-1789M) daripada dua belas adik beradik. Beliau dilahirkan di Istana Topkapi pada 20 Julai 1785M.  Beliau sinonim dengan gelaran “Peter The Great Kerajaan Uthmaniyyah” kerana aktiviti pembaharuan yang dilaksanakannya. Beliau mahir dalam pendidikan bahasa Turki dan bahasa klasik yang lain. Beliau juga mahir dalam bidang agama, syair dan sejarah
      Dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin tertinggi Kerajaan Uthmaniyyah di waktu yang agak kritikal dengan pelbagai masalah, Sultan Mahmud beliau mempunyai keazaman yang kuat untuk mengembalikan keagungan Kerajaan Uthmaniyyah. Di samping itu beliau disifatkan sebagai sultan yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dalam menyelesaikan masalah dalaman dan juga luaran yang meruncing pada awal pemerintahan beliau. Usaha yang dilakukan pada peringkat awal menjurus kepada pengukuhan kuasa dan kerajaan yang dipimpinnya.
      Proses pertabalan Sultan Mahmud sebagai pewaris Kerajaan Uthmaniyyah telah melalui suasana yang kritikal dan mencemaskan. Setelah pihak pakatan yang diketuai oleh Janissari dan para ulama mengulingkan Sultan Salim, mereka telah melantik Sultan Mustafa IV yang juga merupakan abang kepada Sultan Mahmud menjadi sultan pada bulan Mei 1807M. Demi menjaga kelangsungan kuasa Sultan Mustafa, pihak Janissari telah menjalankan dasar yang keras terhadap para penentang.  Penindasan dan pembunuhan dilakukan. Sultan Mahmud bersama Sultan Salim telah dipenjara dalam tahanan yang sama. Dalam masa yang sama, penyokong Sultan Salim yang diketua oleh pemimpin tentera dari Danube, Bayraktar Mustafa Pasha ( bekas pemimpin  tentera Janissari yang beralih menyokong pembaharuan Sultan Salim dan dilantik menjadi menteri) bersama tenteranya bergegas menuju ke Istanbul untuk menyelamatkan Sultan Salim. Namun usahanya terlambat kerana Sultan Salim telah dibunuh. Sultan Mahmud yang pada mulanya akan dibunuh oleh abangnya Sultan Mustafa telah diselamatkan oleh petugas-petugas istana yang diketuai oleh Qizlar Aghasi, Ketua Sida Istana ( Black Eunuchs ). Bayraktar telah mengulingkan Sultan Mustafa dan menabalkan Sultan Mahmud sebagai Sultan Uthmaniyyah pada 28 Julai 1808M
      Sultan Mahmud telah meneruskan langkah pembaratan yang diasaskan oleh sepupu beliau Sultan Salim. Namun memandangkan situasi yang tidak stabil dari sudut dalaman dan luaran, beliau mengambil langkah berhati-hati dan bijaksana agar dasar pembaharuan dapat dilaksanakan dengan lancar. Pengukuhan kuasa disamping menjalankan dasar mengurangkan pengaruh para penentang (Janissari, ulama dan pemimpin wilayah) telah diambil. Usaha pengukuhan ini mengambil masa yang lama (lebih dari separuh tempoh pemerintahan beliau) namun langkah ini mendatangkan hasil yang memberangsangkan.