Selasa, 6 Mac 2012

Pengalaman dan Pembelajaran...

Alhamdulillah, menyepi seketika dek kerana kekangan masa yang terpaksa ditempuhi.. Hari ini, mungkin catatan yang saya coretkan disini tidak mempunyai unsur Ilmiah, namun sekadar luahan rasa diri saya mengenai perjalanan hidup saya sepanjang minggu ini..

Esok, jam 9 pagi, dah bertandang ujian pertama dalam misi menggapai kejayaan utk sem ni. Tasmi' surah Sajdah depan Ustaz.. Malam ni, rasa mcam belum bersedia untuk menghadapi saat tersebut.. Tapi tak sabar juga menunggu hari esok untuk bersama-sama sahabat berusrah.. Cuba yang terbaik...

Hari ini, banyak pengetahuan baru yang dapat saya perolehi samada daripada Pensyarah2 atau sahabat2 saya. Seawal pagi, bersama al-Ustaz Kabir dari Nigeria, diajar oleh beliau tentang Ilmu Bahasa Arab. Walaupun terpaksa mengerahkan minda untuk memahami apa yang dituturkan oleh beliau, Alhamdulillah, dapat memahami pembelajaran tersebut disebabkan beliau menggunakan penggunaan kalimah yang mudah dan kadang2 diselit dengan maksud ayat dalam bahasa English. Sebelah petang, pemikiran mula memasuki mood pemikiran tentang sejarah. Menyelusuri subjek Minoriti Muslim sebenarnya banyak memberikan diri ini input2 yang berguna. Bila memasuki sesi soal jawab, terkeluar satu istilah yang masih diriku mencarinya di mana2 rujukan tentang "MELTING POT ".. Susah jugak kan.. Mungkin akan dicoretkan tentang istilah tersebut pada hari yang lain.. 

Apa yang dapat saya jelaskan disini, sepanjang hari ini, banyak input2 yang berguna yang mampu kita share bersama orang lain. Saya sendiri merasakan banyak lagi belum sempat untuk dicoretkan kat sini memandangkan masa terlalu suntuk untuk saya berkarya pada malam ini.. apa yang penting istiqomah..

Khamis, 1 Mac 2012

ZaWaWi405

Secangkir kopi sekadar mengisi masaku belajar..

Alhamdulillah, setelah 3 minggu meninggalkan kampung halaman, hari ini diriku sudah mula mampu untuk membuang rasa lelah untuk meneruskan semester baru ini. Setelah selesai segala urusan yang besar semalam, maka hari ini, untuk kekelas pun sudah mampu untuk tesenyum gembira didalam hati.. Semoga, Allah tidak menghilangkan rasa kesyukuran dalam diriku ini terhadap nikmatNya, rahmatNya dan segala pemberianNya terhadap ku..

Hari ini terdetik untuk ku berbicara tentang Istiqomah, susahkan untuk menjadi hamba yang selalu beristqomah dalam hidup kita seharian.. Apa yang dapat ku jelaskan disini

Istiqomah adalah perkara yang sukar untuk di aplikasikan. Bagaimana untuk kita berusaha agar sentiasa istiqomah? ini antara tips yang ku perolehi dari salah seorang kauselor sekolah di kelantan.

1. Doa mintak bantuan Allah.
2. Kene keraskan hati untuk buat jugak walaupun letih or penat.
3. Berdamping dengan orang orang yang istiqomah.
4. Kurangkan perkara yang boleh buat kita lalai dari melakukan perkara yang hendak di istiqomahkan tu.
5. Jangan melulu untuk buat segala2 untuk istiqomah. Satu persatu. Peringkat demi peringkat.
6. Cari sesorang sahabat (kekasih) untuk selalu bersama untuk saling menasihat dan saling memberi semangat dan saling doa mendoakan. (Kekasih di sini jangan di salah fahami ye, bukan lain jantina).
7. Dan lain lain.(atas inisiatif sendiri. kekadang lain orang lain caranya)

Gambar Sahabat-sahabatku semasa STAM. Semoga mereka juga kekal Istiqomah dalam menuntut ilmu dibumi  Allah ini.. Terima Kasih Sahabat..

P/S: Perkara ni subjective. Apa pun Allah takkan ubah kita melainkan kita ubah diri kita sendiri. Usaha kemudian doa.